BTS Media

Ke arah menjadikan Lebuh Pantai George Town lebih nyaman dan mesra pejalan kaki

KAWASAN Lebuh Pantai di George Town, Pulau Pinang sedang menjalani projek rintis besar-besaran bernilai RM24.7 juta, yang dibiayai bersama oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan geran Bank Dunia.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mengubah kawasan sepanjang 1.76km di sekitar Lebuh Pantai menjadi zon mesra iklim dan pejalan kaki, yang seterusnya mengutamakan orang ramai berbanding kereta, selain menangani kesan pulau haba bandar.

Datuk Bandar MBPP A. Rajendran, berkata bahawa tujuan projek ini ialah bagi untuk menebus semula ruang awam, menurunkan suhu bandar dengan menanam lebih banyak pokok dan melebarkan laluan pejalan kaki sambil mengurangkan kenderaan.

Beliau berkata bahawa projek tersebut, yang dijadualkan bermula pada 1 September dan berakhir pada Februari 2027, boleh menjadi contoh kepada bandar-bandar lain.

Peningkatan yang dirancang termasuk laluan pejalan kaki yang dilebarkan, perbanyakan penanaman pokok, dan menyediakan taman kecil baharu.

Menara Jam Peringatan Queen Victoria akan diubah menjadi taman kecil untuk pejalan kaki dengan lintasan jalan raya yang selamat.

Untuk menampung perubahan ini, Lebuh Pantai dan Lebuh Gereja (Church Street Ghaut) akan dijadikan jalan sehala, dan tempat letak kereta di tepi jalan akan dikurangkan.

Projek ini juga akan menggabungkan penggunaan tenaga bersih, seperti panel solar untuk lampu jalan dan stesen pengecas telefon, serta laluan kinetik yang memanfaatkan tenaga kinetik daripada penapakan pejalan kaki kepada kuasa elektrik boleh digunakan. Sistem sel tanah akan digunakan untuk menyokong pertumbuhan pokok yang sihat.

Walaupun projek ini juga berwawasan, ia berakar umbi dalam sejarah George Town sendiri.

Peningkatan ini melangkaui Lebuh Pantai hingga ke jalan-jalan bersebelahan seperti Pengkalan Weld, Gat Lebuh Chulia, Pesara King Edward, Lebuh Downing, Gat Lebuh Gereja, Gat Lebuh China, dan Jalan Padang Victoria, yang masing-masing mempunyai kepentingan sejarah tersendiri.

MBPP juga berhasrat untuk tidak hanya mengurangkan suhu permukaan tetapi juga meningkatkan kemeriahan George Town melalui jalan-jalan yang lebih hijau dan selamat, menawarkan pelan tindakan untuk pembangunan bandar masa depan dalam menangani perubahan iklim.

-BTS Media

Leave a Comment