BTS Media

Perhilitan pasang empat kamera perangkap susulan laporan harimau belang di laluan Bukit Fraser

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memasang empat kamera perangkap bagi mengesan kehadiran seekor harimau belang yang dilaporkan berkeliaran di tepi jalan Kuala Kubu Baru menuju Bukit Fraser.

Pengarah Perhilitan Pahang, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Beliau berkata, empat pegawai Perhilitan telah dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan serta memasang kamera perangkap bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehadiran haiwan berkenaan.

Menurutnya, pemantauan di kawasan itu akan diteruskan bagi mengumpul maklumat tambahan dan mengesan pergerakan harimau belang tersebut.

Sebelum ini, beberapa gambar yang memaparkan kelibat harimau belang berkenaan tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

-BTSMedia.my

Leave a Comment