SASTERAWAN Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.05 petang ini. Allahyarham berusia 91 tahun.
Berita pemergian tokoh sastera negara itu disahkan anak keduanya, Helmy Abdul Samad, menerusi satu hantaran di platform Threads.
Helmy turut memaklumkan berita dukacita itu dengan ungkapan “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun” sebagai tanda pemergian bapanya kembali ke rahmatullah.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKL pada petang semalam selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan faktor usia.
Beliau turut menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru serta sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
-BTSMedia.my



