BTS Media

ADUN Jepak meninggal dunia pada usia 72 tahun

Oleh Fetty Rara

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip, meninggal dunia hari ini.

Sumber di Pejabat Perdana Sarawak mengesahkan kematian bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman), lapor NST.

Namun begitu, kerajaan Sarawak masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan ini.

Talib, yang berkhidmat sebagai ADUN Jepak selama enam penggal, meninggal dunia dua hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke-72 pada 13 Sept.

-BTS Media

Leave a Comment