Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 6.30 petang ini.
Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu.
Mengikut sumber, arwah sudah menghidap kanser ovari dan kini tahap empat, namun, merahsiakannya.
Sumber: Berita Harian.