BTS Media

Nvidia arah hentikan penghantaran pelayan AI ke Malaysia, tiga negara ASEAN

NVIDIA mengarahkan rakan kongsi pengilangannya menghentikan penghantaran pelayan yang mengandungi cip syarikat itu ke Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia susulan sekatan eksport baharu Amerika Syarikat (AS) yang mula berkuat kuasa minggu lalu.

Menurut Financial Times (FT), arahan itu menyaksikan syarikat pengilang seperti Dell dan Supermicro memaklumkan kepada pelanggan di empat negara berkenaan bahawa Nvidia tidak membenarkan pesanan mereka dihantar buat masa ini.

Langkah tersebut dipercayai berkait dengan peraturan baharu Washington yang mewajibkan lesen eksport bagi penghantaran cip berteknologi tinggi ke beberapa negara Asia Tenggara, sebagai usaha membendung kemungkinan syarikat China menggunakan rantau ini sebagai laluan mendapatkan cip kecerdasan buatan (AI) canggih.

FT yang memetik tiga individu yang mengetahui perkara itu melaporkan bahawa belum dapat dipastikan sama ada penghentian penghantaran berkenaan hanya bersifat sementara atau akan berlarutan ketika Nvidia dan rakan pengilangannya meneliti keperluan pematuhan terhadap kawalan eksport baharu AS.

Nvidia, Dell dan Supermicro bagaimanapun belum memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkara itu di luar waktu operasi pejabat.

Peraturan baharu Jabatan Perdagangan AS itu diterbitkan beberapa hari selepas Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, meletak jawatan susulan laporan mengenai dakwaan hubungannya dengan seorang wanita yang disyaki menjadi perisik China dan pernah bekerja dengan syarikat perkhidmatan awan berpangkalan di Singapura, Megaspeed.

Bagaimanapun, lembaga pengarah Nvidia kemudian mengembalikan Huang ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pada 23 November lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Megaspeed yang merupakan rakan kongsi Nvidia dan menyewakan kapasiti pengkomputeran di pusat datanya turut menjadi perhatian pihak berkuasa susulan kemungkinan berlakunya penyelewengan penghantaran cip AI canggih ke China.

Syarikat itu disyaki berpotensi menjadi antara saluran yang digunakan untuk mengalihkan cip berkenaan ke pasaran China secara tidak sah.

-BTSMedia.my

Leave a Comment