BTS Media

Pingat emas ke-37 Malaysia

Pelumba basikal Nur Aiman Zariff meraih pingat emas ke-37 untuk Malaysia di Sukan SEA Vietnam dalam acara jalan raya individu pada Sabtu.

Aiman muncul sebagai pemenang dengan masa tiga jam, 48 minit dan 22 saat bagi perlumbaan sejauh 162.2km di Hoa Binh.

Dia mengatasi tiga pelumba lain dalam kumpulan yang sama dengannya.

Aiman Cahyadi dari Indonesia dan Navuti Liphongyu dari Thailand masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Pelumba Singapura Yeo Boon Kiak menduduki tempat keempat.

Aiman mendapat sokongan baik rakan sepasukan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Nur Aiman Rosli, Akmal Hakim Zakaria dan Zawawi Azman semasa perlumbaan.

-BTS Media

Leave a Comment