BTS Media

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Oleh Fetty Rara

IBU kepada Redzuan Ismail (Chef Wan), Noraini Abdullah, 93, meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi hari ini.

Allahyarham yang menghidap kanser dan Alzheimer menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang setelah diwadkan selama 10 hari.

“Ibu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.20 pagi hari ini,” kata Chef Wan, 64, melalui Instagram.

Menurut Chef Wan, doktor telah menasihati supaya membawa ibunya pulang, tetapi beliau enggan berbuat demikian kerana merasakan ibunya akan mendapat rawatan yang lebih baik di hospital.

Jenazah Noraini akan dibawa ke Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10 Cyberjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

-BTS Media

Leave a Comment