BTS Media

Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

IBU kepada Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad meninggal dunia di kediaman Menteri Besar Perak, Jalan Raja Dihilir di sini, malam tadi.

Allahyarham Aminah Mohd Yusuf, 79, meninggal dunia kira-kira pukul 11.15 malam tadi akibat sakit tua.

Difahamkan jenazah dijangka diuruskan di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh sebelum dibawa ke Masjid Kampung Raban, Lenggong untuk solat jenazah.

Jenazah selepas itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban, Lenggong pada jam 11 pagi.

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/239958/berita/nasional/ibu-mb-perak-meninggal-dunia

Leave a Comment