Oleh Fetty Rara
PENYANYI-penulis lagu dari Ireland Sinead O’Connor, yang terkenal dengan hit globalnya pada 1990, Nothing Compares 2 U, telah meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Berita kematiannya diumumkan oleh TV rasmi Republic Ireland, RTE yang memetik kenyataan daripada keluarga Allahyarham pada hari Rabu.
Sinead popular dalam arena muzik global pada awal tahun 90-an dengan versi lagu yang asalnya ditulis oleh ikon pop Prince.
Sejurus kematiannya dilaporkan, tontonan video beliau menyanyikan lagi tersebut telah melonjak hampir 400 juta kali di YouTube.
Melalui platform media sosial ‘X’ (dahulunya Twitter), perdana menteri Ireland Leo Varadkar berkongsi ucapan takziah dengan memberikan penghargaan tinggi kepada penyanyi ikonik itu.
Sebelum memeluk Islam, Sinead telah O’Connor mengubah imej wanita dalam dunia muzik era awal 1990-an melalui penampilan tidak konservatif dan emansipasi berlainan.
Penyanyi berbakat itu terkenal, antara lain, kerana memperjuangkan isu penyakit mental.
Anak lelakinya yang masih remaja, Shane meninggal dunia pada 2022.
Beliau juga lantang mengkritik pendirian Gereja Katolik, dan pernah mengejutkan dunia apabila merobek foto Pope John Paul II semasa muncul dalam program “Saturday Night Live” pada Oktober 1992.
Sejak itu, selama beberapa tahun Sinead mendesak supaya dilancarkan siasatan penuh terhadap peranan gereja dalam menyembunyikan isu penderaan seksual ke atas kanak-kanak oleh golongan paderi, lapor Al-Jazeera.
Pada 2010, Pope Benedict XVI telah memohon maaf kepada Ireland di atas perkara itu yang berlarutan selama beberapa dekad.
Sinead, bagaimana pun, mengecam permohonan maaf itu kerana menganggapnya tidak mencukupi.
Beliau menggesa seluruh penganut agama Katolik supaya memboikot gereja sehingga penyiasatan penuh dilakukan terhadap isu yang mendapat liputan akhbar meluas pada 2018.
Sinead memeluk Islam pada tahun 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat, namun meneruskan kariernya di bawah nama Sinead O’Connor.
“Saya membaca surah kedua al-Quran dan saya sedar saya sudah kembali…bahawa saya sebenarnya seorang Muslim sepanjang hidup saya,” katanya semasa temu dalam sebuah program TV RTE pada September 2019.
-BTS Media