BTS Media

Pemimpin PKR Sabah letak jawatan

KETUA Penerangan Sabah PKR, Ahmad Farid Sainuri, berkata beberapa jawatan bahagian yang kosong ketika ini dipangku oleh timbalan susulan peletakan jawatan dan tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin.

Menurutnya, perubahan kepimpinan dalam parti tidak akan menjejaskan perjuangan menuntut hak negeri.

Ahmad mendakwa perubahan kepimpinan itu juga tidak akan menjejaskan perjuangan Sabah PKR berkaitan hak negeri di bawah MA63.

Antara pemimpin yang meletak jawatan baru-baru ini ialah Naib Pengerusi Sabah PKR, Amin Abdul Mem yang juga Ketua Bahagian Semporna, Ketua Bahagian Tuaran, Razeef Rakimin, serta Timbalan Ketua Wanita PKR, Artini Ali Taugan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment