BTS Media

Harimau maut dilanggar kereta di Bentong

Oleh Yusoff A. Shariff

SEEKOR harimau dewasa ditemukan mati tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang, Bentong.

Haiwan itu dipercayai dilanggar kenderaan.

Menurut catatan Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, spesies Harimau Malaya itu dianggarkan berusia lima tahun.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin dilaporkan berkata harimau itu dipercayai dilanggar ketika melintas lebuh raya itu kira-kira pada kira-kira pukul 1.20 pagi Khamis (16 Mei).

“Harimau seberat sekitar 130kg itu dipercayai berasal dari hutan simpan Bukit Tinggi di Bentong,” katanya sambil menambah Perhilitan telah mengambil bangkai haiwan tersebut.

Ia merupakan kejadian ketiga melibatkan Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, dengan kejadian pertama, di mana seekor harimau digilis oleh sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung pada bulan November 2023.

Spesies Harimau Malaya sangat terancam, dan dianggarkan berjumlah kurang daripada 200 ekor di habitatnya.

Pada 21 Mac, seekor harimau maut ketika cuba menyeberangi Lebuhraya Pantai Barat di laluan Trong-Beruas.

-BTS Media

Leave a Comment