BTS Media

Dua treler, empat kereta kemalangan, seorang maut

SEORANG maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Minyak, Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Pulau Pinang, pihaknya menerima laporan kejadian pada 4.30 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dikerah ke lokasi kejadian.

Tambahnya, kemalangan membabitkan dua treler dan empat kereta itu membabitkan 21 orang mangsa. Seorang wanita disahkan maut, seorang parah, lima cedera ringan, manakala 14 orang lagi selamat, termasuk pemandu treler.

“Kemalangan tersebut menyebabkan sebuah treler membawa muatan kayu terbalik dan melintangi jalan.

“Terdapat beberapa mangsa tersepit di dalam kenderaan yang terlibat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Jurucakap itu berkata, operasi menyelamat masih dijalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokan kayu yang dibawa oleh treler terbabit.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/09/10/2-treler-4-kereta-kemalangan-seorang-maut/

Leave a Comment