BTS Media

Pemandu Porsche maut bertembung tiga kereta

 

Oleh Fetty Rara

Seorang pemandu kereta jenis Porsche Macan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong semalam.

Menurut Ketua Polis Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh mangsa dikenal pasti sebagai Lee Cheng Yik, 22.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Lee yang dalam perjalanan ke Kuantan hilang kawalan kenderaannya ketika cuba memotong sebuah kereta Proton Waja, dan kemudian bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

Menurut Kamarulzaman , selepas bertembung, kenderaan mangsa dipercayai terhumban ke laluan keluar sebuah stesen minyak di tempat kejadian.

Pemandu dua kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

-BTS Media

Leave a Comment