BTS Media

TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.

Menerusi kenyataan pada Isnin, TNB berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan polis.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian tersebut dan membuat spekulasi.

Sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan di samping menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa.

TNB turut mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan.

Sebelum ini media melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.

Ketiga-tiga gadis tersebut ditemui dalam keadaan terapung dan meninggal dunia.

https://www.sinarharian.com.my/article/236834/berita/semasa/tnb-siasat-insiden-tiga-beradik-maut-kena-renjatan-elektrik

Leave a Comment