BTS Media

Pemandu lori maut, papan tanda hempap lori

SEORANG lelaki berusia 48 tahun maut apabila dihempap papan tanda jalan yang tumbang dirempuh lori yang dipandunya berhampiran Persiaran Paya Terubong, Pulau Pinang pada Rabu (28 Sept).

Dalam satu kenyataan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa terperangkap di antara papan tanda yang tumbang dan papan pemuka kenderaannya.

Menurut jurucakap itu lagi, dipercayai lori tersebut merempuh papan tanda itu hingga menyebabkannya jatuh menghempap kenderaan.

Pasukan penyelamat dari stesen bomba Paya Terubong dan Bayan Baru dihantar ke lokasi setelah menerima panggilan daripada orang ramai pada kira-kira pukul 3.20 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

-BTS Media

Leave a Comment