BTS Media

Israel mengadu diserang dahsyat: Peluru berpandu Iran hujani negara zionis

GAMBAR ATAS: Peluru berpandu balistik Iran menghujani Tel Aviv semalam /FOTO: Anadolu.

SERANGAN balas Iran terhadap serangan mengejut Israel ke atas fasiliti nuklear dan tenteranya telah bermula pada malam hari Jumaat.

Dalam satu kenyataan di ‘X’, tentera Israel berkata bahawa serangan Iran masih berterusan dan berpuluh-puluh peluru berpandu tambahan dilancarkan ke arah Israel.

Dalam satu lagi catatan, pihak tentera Iran berkata seluruh Israel diserang dengan dahsyat.

Saluran berita rasmi Iran, Press TV melaporkan bahawa dalam serangan balas Tehran “Operasi Janji Sejati III” terhadap Israel, ratusan peluru berpandu telah mengenai Tel Aviv secara langsung, tanpa mampu dihalang oleh pihak zionis.

Menurut media Israel, letupan kuat kedengaran di seluruh bahagian tengah Israel sejurus selepas siren diaktifkan di kawasan itu.

Israel dianggap telah bertindak melampau dan menjolok sarang tebuan melalui operasi ketenteraannya terhadap Iran pada awal hari Jumaat, dengan menyasarkan kemudahan nuklear dan tentera.

Dalam serangan itu seorang komander tentera dan saintis terkemuka Iran turut terbunuh.

Serangan itu berterusan sehingga malam hari Jumaat, menyasarkan banraya Tehran, Natanz, Tabriz, dan Isfahan.

-BTS Media

Leave a Comment