GAMBAR: Anadolu
IRAN telah melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara dua musuh ketat serantau itu.
Serangan bermula sekitar pukul 8.15 malam waktu tempatan (1645GMT) pada hari Selasa.
Media Iran berkata sekurang-kurangnya 400 peluru berpandu telah dilancarkan setakat ini.
Dalam satu kenyataan awal, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRCG) berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah, dan Komander IRGC Abbas Nilforoshan.
Haniyeh dibunuh oleh Israel di Tehran bulan lepas. Nasrallah dibunuh di Beirut pada hari Jumaat bersama-sama dengan Nilforoshan.
🚨Sirens sound across Israel following launch of missiles from Iran
◼️ As sirens wailed in different regions, especially Tel Aviv, due to the missiles fired, the army asked Israelis to stay in safe places
◼️ The Iranian Revolutionary Guard Corps confirmed the missile attack on… pic.twitter.com/kNsL7QD9kQ
— Anadolu English (@anadoluagency) October 1, 2024
IRGC memberi amaran bahawa jika Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu, negara Zionis itu akan menghadapi lebih banyak yang lebih dahsyat.
Iran, seterusnya berkata serangan itu dilakukan dengan sokongan tentera dan Kementerian Pertahanan negara itu.
Misi PBB Iran kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah “tindak balas Iran yang sah, rasional” terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Israel, dan ia sesuatu yang wajar.
“Ketegangan semakin memuncak antara Tehran dan Tel Aviv sejak pembunuhan Haniyeh di ibu negara Iran pada 1 Ogos lalu.
Iran berkata pembunuhan itu ialah angkara Israel, dan berikrar akan bertindak balas dengan tegas.
Pembunuhan Nasrallah, sekutu utama Iran, dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan disusuli dengan kecaman keras daripada kepimpinan tertinggi Iran.
Masih belum diketahui kadar kemusnahan daripada peluru berpandu Iran yang dilepaskan ke arah Israel setakat ini.
WATCH: Iran’s missiles hit Tel Aviv one after another. pic.twitter.com/Rh9B4oCE25
— Press TV 🔻 (@PressTV) October 1, 2024
-BTS Media