BTS Media

Tentera Israel rampas parlimen Gaza

GAMBAR: Media Sosial.

 

TENTERA Zionis Israel pada hari ini (Selasa) berkata mereka telah menawan Parlimen Gaza dan beberapa institusi kerajaan lain yang dikendalikan oleh Hamas di Bandar Gaza dalam serangan di wilayah Palestin itu.

Menurut kenyataan, mereka mengumumkan telah menguasai parlimen Hamas, bangunan kerajaan, ibu pejabat polis, dan fakulti kejuruteraan yang didakwa digunakan untuk  pengeluaran dan pembangunan senjata, lapor AFP.

Antara dakwaan dan alasan lain yang diberikan oleh rejim Israel, termasuk kononnya “institusi kerajaan Hamas” digunakan untuk “tujuan ketenteraan” termasuk “latihan serangan ke atas Israel” pada 7 Oktober.

Serangan yang dianggap terburuk sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948 itu membunuh kira-kira 1,200 orang di selatan Israel.

Susulan itu, Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas apa sahaja di Semenanjung Gaza di sebalik alasan kononnya memburu pejuang Hamas, dengan angka kematian kini melebihi 11,200 orang.

-BTS Media

Leave a Comment