Oleh Fetty Rara
ISRAEL melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada awal Khamis.
Menurut laporan media timur tengah, serangan itu susulan pemintasan roket yang dilancarkan dari wilayah Palestin.
Serangan baharu roket kemudian dilepaskan dari Gaza, disusuli dengan beberapa letupan yang kedengaran dari arah pusat bandar Gaza pada kira-kira pukul 3.15 pagi (0115 GMT).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 02:41 (0041 GMT), tentera Israel mengesahkan serangan itu.
Menurut sumber dan saksi, sekurang-kurangnya tujuh serangan pertama disasarkan ke atas pusat latihan Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Islam Palestin Hamas, yang terletak di kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Serangan kedua oleh tentera Israel menyasarkan pusat latihan Briged al-Qassam di barat daya Bandar Gaza, menurut sumber keselamatan tempatan.
Selepas serangan udara pertama, AFP melaporkan dua lagi roket ditembak ke arah Israel dari Semenanjung Gaza, disusuli beberapa lagi roket yang dilancarkan dari pelbagai lokasi.
Wilayah Gaza, yang mempunyai lebih 2.3 juta penduduk, berada di bawah sekatan Israel sejak Hamas mengambil alih kuasa pada 2007.
Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) mendakwa telah melancarkan beberapa serangan roket sebagai tindak balas kepada pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza”.
-BTS Media