BTS Media

Junta Myanmar pertahan serangan udara ke atas konsert yang menyebabkan 60 penonton maut

JUNTA Myanmar mempertahankan serangan udara ke atas satu konsert anjuran kumpulan etnik minoriti yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang.

Serangan itu dikutuk meluas, dan dianggap antara jenayah perang paling serius dilancarkan oleh pihak junta ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor media antarabangsa.

Serangan udara pada Ahad di wilayah Kachin itu mengorbankan artis, orang awam yang menonton, dan beberapa pemimpin militia.

Menurut sumber tentera, serangan menyasarkan konsert di pangkalan yang didakwa digunakan untuk latihan ketenteraan oleh sayap bersenjata Pertubuhan Kemerdekaan Kachin, yang menyokong pemimpin dalam tahanan, Aung San Suu Kyi.

Walaupun pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang, pihak junta berkata ia merupakan tindak balas terhadap serangan ke atas mereka, dan ‘selaras dengan peraturan antarabangsa’.

Keganasan terus berlaku di Myanmar selepas rampasan oleh pihak tentera awal tahun ini memaksa kumpulan aktivis pro-demokrasi melarikan diri ke pedalaman untuk melancarkan revolusi menentang junta.

Serangan terbaharu ini menguatkan lagi gesaan supaya diperketat sekatan ke atas Myanmar.

-BTS Media

Leave a Comment