BTS Media

Trump akui dimaklumkan awal: Serangan Israel ke atas Iran direstui AS?

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu Fox News bahawa beliau mengetahui Israel akan melancarkan serangan ke atas Iran sebelum kejadian itu berlaku.

Beliau turut berkata bahawa Tehran tidak boleh memiliki bom nuklear.

Ulasan beliau kepada Fox News itu dibuat setelah Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Iran, yang menyasarkan 100 lokasi termasuk tapak nuklear dan ketenteraan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata operasi itu menyasarkan kemudahan nuklear di Natanz, manakala media Iran pula melaporkan bahawa pemimpin Pengawal Revolusi negara itu, Hossein Salami, dan Ketua Turus Angkatan Tentera, Mohammad Bagheri, telah terbunuh.

Trump memaklumkan kepada Fox News bahawa beliau diberitahu mengenai operasi Israel itu sebelum ia dilancarkan, justeru menimbulkan syak bahawa AS turut terlibat.

Fox News juga melaporkan Trump berkata bahawa Amerika Syarikat bersedia untuk mempertahankan dirinya dan Israel sekiranya Iran melancarkan serangan balas.

Pentadbiran Trump juga dikatakan telah menghubungi sekurang-kurangnya satu negara sekutu utama di Timur Tengah bahawa serangan tersebut akan dilancarkan, tetapi masih menafikan pembabitan AS.

-BTS Media

Leave a Comment