BTS Media

‘Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel’

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Menurutnya, ini khususnya jika membabitkan syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi, di luar daripada negara itu.

“Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel,

“Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan (hubungan itu) kerana ini akan menjejaskan ekonomi negara,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa membiayai pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/709421

Leave a Comment