Oleh Zainal AS Rashid
Datuk Seri Najib Razak dikatakan masih belum dapat memutuskan tarikh berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kewangan syarikat Sapura Energy Berhad.
Dalam catatan melalui Facebook, Anwar berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan bekas perdana menteri itu pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, sambil menambah bahawa ia harus diadakan secara terbuka kepada semua media untuk mengambil bahagian bagi membolehkan orang ramai membuat penilaian sendiri.
Ketua pembangkang itu berkata pada mulanya Najib mahu berdebat pada Ramadan, tetapi kemudian diubah tarikh kepada awal Syawal pula.
Beliau berharap kali ini Najib tidak akan menukar fikiran lagi
Anwar berharap Najib tidak akan berdolak-dalik lagi kerana “dia yang mencabar, insya-Allah kita akan jumpa,” tambah ahli parlimen Port Dickson itu.
-BTS Media