GAMBAR ATAS: The Star.
ROSMAH Mansor telah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada suaminya Najib Razak dalam perbicaraan 1MDB.
Berbaju kurung merah jambu, Rosmah tiba dengan Proton Perdana berwarna hitam pada pukul 12.22 tengah hari.
Dia bersama anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan beberapa penyokong bekas perdana menteri itu.
Mahkamah berehat untuk makan tengah hari.
-BTS Media