Oleh Zainal AS Rashid
NAJIB Razak tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.30 tadi (Khamis 25 Ogos) untuk perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi bersabit penyelewengan 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Ini kali pertama dia berada di luar selepas dihantar ke penjara pada Selasa (23 Ogos) berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Dia yang memakai sut biru tua dibawa menggunakan sebuah SUV hitam.
Sekumpulan petugas media berkumpul di luar kompleks itu sejak seawal jam 6.30 pagi untuk menunggu ketibaannya.
-BTS Media