BTS Media

Perbicaraan 1MDB Najib ditangguh

GAMBAR ATAS: The Edge.

 

PERBICARAAN RM2.28 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi melibatkan Najib Razak dikosongkan selama seminggu kerana bekas perdana menteri itu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguamnya Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib telah menjalani pelbagai ujian perubatan setiap hari di hospital kerana ulser perut dan masalah tekanan darah.

Muhammad Shafee berkata, dia akhirnya dapat bertemu Najib selepas hampir tiga jam menunggu di hospital.

“Dia (Najib) tidak tahu berapa lama dia akan berada di wad.

“Ada sijil sakit (MC) yang disediakan oleh Jabatan Penjara dan dihantar kepada Muhammad Farhan (peguam lain dalam pasukan pembelaan Najib) melalui WhatsApp.

“Ia berdasarkan pemeriksaan kesihatan dan MC adalah pada 14 dan 15 Sept,” katanya semalam (Rabu 15 Sept).

Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa tekanan darah Najib telah stabil selepas mengambil ubat preskripsi biasa.

-BTS Media

Leave a Comment