BTS Media

Perdana Menteri Singapura kembali bekerja selepas pulih daripada Covid-19

GAMBAR ATAS: Cherie A. Thurlby, United States Department of Defense., Public domain, via Wikimedia Commons

 

Oleh Fetty Rara

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong kembali bekerja hari ini selepas didapati negatif Covid-19 pada Ahad.

Lee, 71, telah diuji positif Covid-19 buat kali pertama pada 22 Mei sejak pandemik itu melanda Singapura pada 2020.

“Saya kini negatif Covid-19 dan akan kembali bekerja pada hari Isnin.” katanya di Facebook.

Lee berkata dia sepatutnya menghadiri sambutan 200 tahun Raffles Institution tetapi dinasihati oleh doktor supaya berehat pada hujung minggu ini.

Raffles Institution meraikan Hari Pengasasnya yang ke-200 pada Ahad.

-BTS Media

Leave a Comment