GAMBAR ATAS: Google Map
Oleh Yusoff A. Shariff
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Muar diarah tutup tujuh hari sejak semalam (Sabtu 9 April) setelah 30 pelajar didapati sah positif Covid-19.
Pejabat Kesihatan Daerah Muar telah mengeluarkan notis penutupan terhadap institusi itu.
Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Beliau berkata daripada kumpulan pelajar yang positif itu, 11 didapati positif Covid-19 melalui ujian saringan pada hari ketiga selepas memasuki asrama pada Isnin.
Menurut beliau ujian air liur pada hari kelima ke atas semua pelajar mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.
Semua pelajar berkenaan kini dikuarantin dan pengasingan segera dilakukan atas nasihat Pejabat Kesihatan Muar.
-BTS Media