PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10.
Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu pagi tadi.
Pelantikan ini selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/233221/berita/nasional/anwar-angkat-sumpah-perdana-menteri