Oleh Fetty Rara
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dua Timbalan Perdana Menteri yang membantunya mengemudi Kerajaan Perpaduan.
Seperti yang diramalkan, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dilantik menjawat jawatan itu.
Ahmad Zahid turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah turut diamanahkan terhadap Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Pengumuman itu dibuat Anwar dalam sidang akhbar sebentar tadi yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV.
-BTS Media