TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi hari ini.
Disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8.00 pagi, dia kemudian mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4.
Jumaat lepas, Zahid, 69, diumumkan sebagai timbalan perdana menteri yang juga memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah dalam Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menghadiri mesyuarat khas Jemaah Menteri yang pertama dipengerusikan oleh perdana menteri hari ini.
-BTS Media