BTS Media

Penyelesaian kebuntuan: Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri ke-10

Oleh Yusoff A. Shariff

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sah akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pukul 5.00 petang ini, di Istana Negara.

Sebelum ini, perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berlangsung di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan pembentukan kerajaan.

-BTS Media

Leave a Comment