KEPUTUSAN mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri masih belum dibuat, kata Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata nama-nama itu telah dikemukakan dan kini terpulang kepada budi bicara baginda.
Baginda sebelum ini memanggil Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar ke Istana Negara pada 4.30 petang Selasa (22 Nov) kerana tiada gabungan yang mendapat sokongan majoriti berikutan pilihan raya umum.
Muhyiddin meninggalkan Istana negara sebelum Anwar tanpa bercakap dengan media.
-BTS Media
1 comment
Harap AGUNG buat keputusan yg sebaik mungkin… Biiznillah 🤲🤲🤲