BTS Media

Pasukan forensik SPRM ditubuh untuk siasat dakwaan penyelewengan UiTM Holdings, kata Azam Baki

SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan forensik untuk meneliti dakwaan penyelewengan berhubung kerugian RM157 juta yang ditanggung oleh UiTM Holdings Sdn Bhd.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memberitahu media di Putrajaya pada Selasa bahawa kes itu masih dalam siasatan dan setakat ini suruhanjaya itu tidak akan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa kerugian tidak semestinya ada unsur jenayah.

Azam berkata SPRM sedang meneliti semua aspek siasatan dan hasilnya akan didedahkan apabila selesai untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada menyalahkan satu sama lain.

SPRM Pada 10 Feb, memulakan siasatan berhubung dakwaan berlaku ketirisan berjumlah lebih RM157 juta yang dialami oleh UiTM Holdings Sdn Bhd.

-BTS Media

Leave a Comment