BTS Media

PM menghadap Agong hanya pertemuan rutin pra-Kabinet, kata Istana Negara

MESYUARAT pra-Kabinet adalah aktiviti mingguan biasa antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Okt) Istana Negara berkata pertemuan itu adalah untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbincang dan bertukar pendapat berhubung urusan kerajaan.

Sementara itu, media kini dikatakan berkumpul di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, di mana Ismail Sabri dikata akan mengadakan mesyuarat bersama para pemimpin tertinggi UMNO selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, perdana menteri meninggalkan istana pada pukul 4.45 petang tadi tanpa bercakap kepada media. Beliau hanya berada di istana kurang daripada setengah jam.

-BTS Media

Leave a Comment