BTS Media

Istana Negara: Tiada pertemuan Agong -PM, seperti diuar-uarkan

GAMBAR ATAS: Bernard Spragg. NZ, CC0, via Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

ISTANA Negara dilapor menafikan kononnya ada pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan membubarkan Parlimen hari ini.

Portal berita FMT memetik Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menafikan perkara itu. Yang di-Pertuan Agong sekarang berada di Singapura.

FMT juga memetik satu sumber rapat dengan Ismail Sabri sebagai berkata jadual beliau “padat dengan mesyuarat” hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia turut memetik sumber dari istana berkata tiada mesyuarat dijadualkan.

Khabar angin berhubung pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini dikaitkan dengan penulis blog Datuk Zaharin Mohd Yassin, yang dipecat UMNO.

Sejak kebelakangan ini pengerusi Barisan Nasional dan presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerap menggesa supaya PRU15 diadakan tahun ini. Beliau menyifatkan bantahan pembangkang berikutan kebimbangan berlaku banjir besar pada musim tengkujuh hanya alasan untuk melewatkan pilihan raya.

-BTS Media

Leave a Comment