BTS Media

ROS batalkan pendaftaran Perikatan Nasional

PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pembatalan itu menyusul notis bertarikh 22 September yang dihantar ROS kepada pengerusi dan setiausaha agung gabungan berkenaan, menurut sumber dalaman PN.

Pada 23 September lalu, PN mengesahkan pihaknya menerima notis daripada ROS yang meminta penjelasan mengapa gabungan itu tidak sepatutnya dibatalkan pendaftarannya.

Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyatakan alasan rasmi ROS membatalkan pendaftaran PN.

— BTSMedia.my

Leave a Comment