Perancis menyaksikan keganasan paling buruk apabila demonstrasi yang pada awalnya membantah kenaikan kos sara hidup dan kemerosotan perkhidmatan awam dilaporkan bertukar di luar kawalan. Keadaan itu disifatkan antara keganasan terburuk yang melanda negara berkenaan dalam tempoh beberapa dekad.
Menurut laporan Reuters, demonstrasi turut berlangsung pada skala lebih kecil di Belgium, Portugal dan Itali, susulan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat di Eropah.
Sementara itu, di Albania, penunjuk perasaan sekali lagi turun ke jalan raya bagi membantah dakwaan rasuah dalam kerajaan, kekurangan peluang pekerjaan serta mutu pendidikan yang dianggap tidak memuaskan.
Gelombang demonstrasi di negara-negara berkenaan mencerminkan peningkatan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan ekonomi, mutu perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan.
-BTSMedia.my



