JENAZAH bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiba di Masjid Negara untuk upacara terakhir sebelum dikebumikan pada pagi hari Selasa (15 April).
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah, akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Bermula pukul 11 pagi, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di dewan solat utama masjid.
Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun.
Menurut menantunya, Khairy Jamaluddin, Allahyarham dalam keadaan tenang pada saat-saat terakhirnya, dikelilingi oleh isterinya, Tun Jeanne Abdullah, dan keluarga.
-BTS Media