BTS Media

Anwar nafi hutang 1MDB selesai, kerajaan masih perlu bayar prinsipal dan faedah

KERAJAAN masih perlu menanggung hutang yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk bayaran faedah, meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan beban hutang negara.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, berkata dakwaan bahawa semua hutang syarikat pelaburan strategik itu sudah dilunaskan adalah tidak benar.

Beliau menegaskan, pembayaran hutang sedia ada perlu diteruskan, walaupun kerajaan sedang memperketat kawalan terhadap pinjaman baharu dan mengurangkan beban hutang negara menerusi pengurusan fiskal yang berdisiplin.

Menurutnya, masih terdapat pihak yang mendakwa semua hutang 1MDB telah diselesaikan, sedangkan hakikatnya kerajaan masih perlu memenuhi komitmen pembayaran berkenaan, termasuk faedah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar turut mempersoalkan sumber maklumat pihak yang mendakwa semua hutang 1MDB telah dibayar, sambil menegaskan bahawa komitmen hutang berkenaan masih perlu ditunaikan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment