BTS Media

1MDB: SPRM masih siasat individu luar negara dikaitkan dengan skandal

 

Oleh Zainal AS Rashid

Siasatan ke atas individu di luar negara yang dikaitkan dengan skandal 1MDB masih diteruskan, kata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan pada Ahad (4 Sept) SPRM mengulangi bahawa siasatan masih dijalankan.

Katanya, SPRM adalah antara agensi utama yang sedang berusaha untuk mendapatkan balik aset yang diselewengkan daripada 1MDB dan syarikat-syarikat lain.

Setiap tindakan susulan memerlukan kerjasama daripada agensi penguatkuasaan luar negara kerana tugas yang kompleks dan rumit, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa mesyuarat telah diadakan dengan agensi penguatkuasaan Kuwait sejak dua tahun lepas dan SPRM masih menunggu kenyataan daripada mereka.

“Pada masa yang sama seperti kenyataan Peguam Negara, tawaran Jho Low melalui wakilnya untuk penyelesaian telah ditolak sepenuhnya,” tambahnya.

-BTS Media

Leave a Comment