Oleh Yusoff A. Shariff
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan masih belum memulangkan aset bernilai AS$10 juta (RM44.48 juta) kepada pihak berkuasa.
Utusan Malaysia dalam satu laporan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berusaha mendapatkan semula aset tersebut, dan kertas siasatan berhubung Rohana sedang disediakan.
Pada April dilaporkan bahawa Rohana yang dikatakan terlibat dalam hubungan dengan bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner telah bersetuju untuk memulangkan AS$10 juta kepada pihak berkuasa Malaysia.
Aset itu adalah kos setara dengan nilai rumah di London yang diberikan oleh Leissner kepadanya.
Pada perbicaraan bekas bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng di Amerika Syarikat, Leissner berkata bahawa dia membeli sebuah rumah berharga AS10$juta (RM44.55 juta) Â untuk Rohana.
Leissner memberitahu perbicaraan di Amerika Syarikat bahawa dia membeli rumah itu setelah mendakwa Rohana mengugutnya berhubung 1MDB.
Susulan keterangannya, SPRM mengadakan pertemuan dengan Rohana pada Februari, selepas dia menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan.
-BTS Media