GAMBAR ATAS: Jabatan Perdana Menteri.
Oleh Fetty Rara
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kerajaan baharu di Perdana Putera Putrajaya.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi dihadiri oleh semua 28 menteri dan dua timbalan perdana menteri, termasuk Anwar sendiri sebagai Menteri Kewangan.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.
-BTS Media