BTS Media

“Black Hawk Down”, tapi kali ini dikendali oleh Taliban

GAMBAR FAIL: SSGT SUZANNE M. JENKINS, USAF, Public domain, via Wikimedia Commons

 

Oleh Zainal AS Rashid

TIGA terbunuh, lima cedera apabila sebuah helikopter jenis Black Hawk terhempas sewaktu sesi latihan Taliban di Kabul, Afghanistan.

Menurut jurucakap kementerian pertahanan Taliban Enaytullah Khowrazmi pada Sabtu, helikopter pejuang yang diterbangkan untuk latihan itu terhempas disebabkan oleh masalah teknikal di kampus University Pertahanan Nasional Afghanistan, lapor DW.

Helikopter tersebut antara peralatan tentera Amerika Syarikat yang ditinggalkan semasa Presiden Joe Biden menarik balik semua anggota tentera AS dari negara itu lebih setahun lalu.

Masih tidak diketahui berapa buah helikopter berkenaan masih boleh digunakan kerana dilaporkan semasa pengunduran Amerika, tentera AS telah sengaja merosakkan peralatan teknikal dan enjin kesemua pesawat yang ditinggalkan.

Pesawat milik tentera kerajaan Afghanistan yang dibubarkan pula telah dihantar ke beberapa negara Asia Tengah supaya tidak jatuh ke tangan Taliban.

-BTS Media

Leave a Comment