BTS Media

Harga durian akan naik kali ini

GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Jika semalam dilaporkan bahawa ‘lockdown’ Covid-19  menjejaskan eksport 50% durian Thailand ke China hingga menyebabkan lambakan, di Malaysia pula harga tahun ini akan menjadi mahal.

Oleh itu, penggemar durian terpaksa berbelanja lebih kerana harga buah itu dijangka naik sekurang-kurangnya 30% tahun ini berikutan hasil rendah dan kos baja yang meningkat

Jenis durian Musang King yang dahulunya purata antara RM45 dan RM48 sekilogram, kini berharga kira-kira RM60.

Jenis Duri Hitam, yang dahulunya purata berharga antara RM60 dan RM70 sekilogram, naik kepada  kira-kira RM80. 

Faktor lain termasuk harga baja yang dahulunya RM130 bagi setiap 50kg kini berharga RM250, iaitu hampir dua kali ganda harganya.

Dilaporkan bahawa kos baja yang tinggi adalah disebabkan oleh perang di Ukraine.

Penutupan pelabuhan Shanghai di China akibat Covid-19 turut memberi kesan kepada eksport dan rantaian bekalan.

Dalam pada itu sesetengah pengusaha berkata harga tinggi adalah kerana buah-buahan baharu sahaja mula gugur.

Bagi penggemar durian yang tak banyak kerenah mahukan spesies durian mahal, pilihan masih terbuka untuk menikmati buah itu di kampung

-BTS Media

Leave a Comment