BTS Media

MetMalaysia beri amaran ribut petir di seluruh negara dari 27-30 Ogos

 

MALAYSIA dijangka mengalami tiupan angin dari pelbagai arah bermula 27 hingga 30 Ogos, yang membawa kepada pembentukan awan ribut, terutama pada petang dan malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada Rabu (24 Ogos), berkata antara kawasan yang boleh terjejas ialah negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah dan Labuan.

Ini berdasarkan analisis model Kajian dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MMD-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Orang ramai dinasihatkan sentiasa supaya merujuk laman web, www.met.gov.my dan media sosial atau menggunakan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

-BTS Media

Leave a Comment