ATAS: Gambar satelit weather.com.
Oleh Zainal AS Rashid
Hujan dan ribut petir masih boleh berlaku pada sebelah petang di kawasan Baling, Kedah, dalam beberapa hari akan datang.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata unjuran itu adalah berdasarkan pemantauan, terutama di sepanjang kawasan pantai negeri Kedah.
Beliau berkata garis badai (squall line) akan membawa hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang pada sebelah petang yang mungkin membawa hingga ke awal malam.
Walaupun MetMalaysia meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi dan malam, hujan serta ribut petir boleh berlaku pada waktu petang di daerah Baling, lapor NST.
Berdasarkan pembentukan garis badai, beliau berkata MetMalaysia turut meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa bahagian Kedah dalam beberapa hari akan datang.
Beliau berkata garisan ribut yang menyebabkan cuaca sama turut diramalkan bagi negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung serta Sabah pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir lebih tertumpu di beberapa negeri Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur serta Sarawak, Sabah dan Labuan.”
Bagi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya cuaca lebih stabil.
-BTS Media