JABATAN Meteorologi (METMalaysia), mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir membabitkan beberapa negeri di seluruh negara hingga Rabu ini.
METMalaysia meramalkan hujan pagi ini di Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu di Semenanjung; di Sarawak iaitu di pedalaman Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak serta di Tawau, Sandakan dan Labuan di Sabah.
Hujan lebat dan ribut petir juga diramalkan berlaku pada waktu petang di beberapa tempat di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta pedalaman Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.
Selain itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak, serta kawasan pedalaman dan pantai barat Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.
Keadaan juga berterusan pada waktu malam di beberapa tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, selain Miri, Limbang, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak serta pedalaman dan pantai barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan di Sabah.
Berdasarkan laman sesawang METMalaysia, hujan dan ribut petir juga diramalkan berlaku sepanjang hari di beberapa kawasan di seluruh negara hingga Rabu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan amaran yang dikeluarkan dengan melayari https://www.met.gov.my/.