BTS Media

MetMalaysia ramal hujan peringkat bahaya di Johor, Sabah, tahap buruk di Pahang

Oleh Fetty Rara

AMARAN hujan lebat berterusan pada tahap bahaya diramalkan berlaku di beberapa daerah di Johor dan Sabah pada Rabu (25 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa daerah yang terbabit termasuk Kluang, Segamat, Kulai, Mersing, Kota, Tinggi dan Johor Baru, manakala di Sabah membabitkan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Kemas kini amaran dikeluarkan oleh MetMalaysia pada pukul 6.30 pagi tadi.

Hujan berterusan peringkat serius juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan daerah Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan; Melaka serta tiga daerah lain di Johor, iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak iaitu di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) serta Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).

“Amaran hujan berterusan peringkat waspada juga dikeluarkan di tiga daerah di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta Sarawak iaitu di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) selain kawasan Togod di Sandakan, Sabah,” kata kenyataan itu lagi.

MetMalaysia meramalkan angin kencang 50 hingga 60 kilometer km/jam dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh itu.

-BTS Media

Leave a Comment